Follow us on:
Sedikit Pengisian..

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


alHamdulillah td slps mendengar sedikit pengisian dari Ustaz Azlan kat masjid biru tetibe rase nak kongsi kat blog. Dalam kuliah tuh ustaz bercerita sedikit ttg peristiwa yg berlaku semasa Rasulullah SAW berda'wah di Taif. Ketika itu ujian yg di alami oleh Rasulullah amatlah berat sehinggakan ada setengah ulama' mengatakan bahawa hampir separuh dari kasut baginda dipenuhi dgn darah akibat dicederakan oleh penduduk Taif yg menolak da'wah Rasulullah SAW.

Ketika itu, Rasulullah SAW hampir2 patah semangat sblm dtgnya malaikat Jibril dan malaikat yg menjaga bukit. Malaikat tersebut meng'offer'kan kpd Rasulullah SAW utk menghancurkan mereka yg menolak ajaran baginda. Tetapi sblm itu, malaikat Jibril membawakan sebuah kisah kpd nabi seperti yg tertulis di dalam surah Yasin ayat 12-30. Kemudian, setelah itu barulah malaikat Jibril meminta Rasulullah membuat pertimbangan yg sewajarnya.

[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21]
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
[26]
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]
"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[30]
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

Secara ringkasnya, ayat ini mengisahkan ttg sebuah kaum yg telah diutuskan kpd mereka 3 org rasul (x ingat td ustaz ckp name diorg..sori) dan mereka telah ingkar kpd ajaran yg dibawakan oleh ketiga2 org rasul tersebut. Ketika rasul2 itu dicemuh dan diancam oleh kaum tersebut, tiba2 dtgnya seorg lelaki biasa yg tidak mempunyai apa2 pangkat melindungi ketiga2 rasul itu. Lelaki tersebut dipukul dan dibunuh sehingga terkeluar isi perutnya. Kemudian, Allah telah mengangkat jasadnya ke langit. Ketika itu, lelaki itu diberi jaminan bahawa beliau adalah penghuni syurga diatas sikap dan tindakan yg diambil ketika hayatnya. Lalu, lelaki itu pun berkata alangkah baiknya sekiranya kaum ku tahu mengenai perkara ini.

Setelah, mendengar kisah ini lalu Rasulullah pun memaafkan penduduk Taif dan berdoa agar keturunan mereka menyembah Allah. Jadi, nak ceritanya kat sini ujian2 yg kita alami skrg xlah seberapa kalau nak dibandingkan dengan ujian yg dialami oleh Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda. Sekiranya kita tiada kekuatan utk berda'wah, sekurang2nya jadilah pendokong kpd kerja2 da'wah dan jgnlah menjadi pengkhianat kpd agama..na'uzubillah. Di akhir zaman ini Rasulullah mengkhabarkan bahawa ada 2 golongan manusia iaitu mereka yg hidup sebagai Islam dan mereka yg hidup untuk Islam.. Wallahu A'lam, di mana kita?


Ini sedikit selingan.. xkire nak cite gak ;p

Mase nak balik tuh aku terserempak la ngan sorg pak cik neh, ktorg panggil die wak. Kalo x silap aku die nie penulis salah satu ruangan akhbar harakah(kalo x silap la). Dulu, wak neh penah urut2 badan aku sambil bgtau yg aku ni satu hari nanti akan jd org kaya(huhu..yeke?). Tapi, aku x berhasrat pun untuk jd org yg kaya harta. Harap2 maksud wak tuh satu hari nanti aku akan jd kaya tapi bukannya kaya harta sbb dunia ni melalaikan. Pastu, tadi bole plak wak tuh tetibe je xde angin xde ribut dia tanya aku da ade bunga ke belum? huh? aku wat2 x phm takut tersalah phm. Pastu aku tanye balik bunga apa pulak wak? ala.. pasangan hidup la, wak tu jawab. Eh? pastu wak tu pun tanya kat aku kamu nak x seorg pasangan hidup yg patuh dan takut dengan perintah Allah? err.. aku pon angguk(time ni aku da phm dah ape wak neh nak cite) Pastu wak ni pun rekemen la seorg hafizah ni, dia da hafaz 20 juz al-Quran. Kamu nak x? wak tu tanye kat aku sambil pegang jari (telunjuk ke ibu jari aku..x sure) die garu2. Pastu die kate dlm kul 6 pg nnt kalo jari kamu terasa mcm neh maknanya ok lah tu. Ahh sudah.. wak ni, asal cari aku? asal x aiman ke?hatim ke?anas ke? asal aku gak yg die carik? Jadi, aku pon jwb.. mcmni la wak sbnrnya sy pon tgh..err.. xpela wak sy nak g ambil wudhuk dulu nak solat isya' (ayat nak ngelat). Pastu aku blah..huhu

Islam as the way of life..

 asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Wallahu A'lam.. =D

JUMP..

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Memandangkan minggu depan ktorg akan mengadakan program Jalinan Ukhwah Mukmin Professional bertempat di Excel Training Resort, Lenggeng, Negeri Sembilan dan diatas permintaan adhoc, so mase ngah bercuti kat PD ari tu aku pon buatlah video lagu tema ktorg yg bertajuk Satu Perjuangan drpd kump Brothers.

Mase ngah buat tu, teringat aku mase mula2 masuk um dulu. Time tuh aku join EPISMA jd ajk kuiz kesihatan n mase mlm penutup tuh aku, hatim, aiman n anas. Ktorg berempat nasyid lagu neh kat atas pentas..Ya Allah malu sudah time tuh. Kalau ade org mintak aku nasyid lg pasni jgn harap la wei.. Tapi, bg aku tu la pengalaman manis ktorg berempat mase mula2 nak kenal member n al-Hamdulillah hubungan ktorg masih lg dipelihara Allah n diharapkan akan berkekalan sampai bila2. InsyaAllah.. ni hah video tuh :


Wallahu A'lam..

Ziarah Mesra PPUM 2011

asSalamu'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Bismillahir Rahmanir Rahim..mula2 nak ucap syukur al-Hamdulillah selesai pon program ziarah mesra anjuran PSIPUM ngan kerjasama Sahabat PPUM yg diadakan pg td. So, kali neh nak cite sket pasal benda2 yg berlaku mase ziarah td.

Mula2 ak di inform yg ak akn jd ketua kump utk program neh mlm sblm nye. So, xpelah ak terima je. Then, pg td mase ak da sampai kat center point baru diorg bgtau yg ketua kena pakai lab coat. So, terpaksalah balik semula ke bilik utk mengambil lab coat. Pastu, program neh ter'delay' kejap sbb nak tunggu peserta daftar nama. Malangnya program hari bertembung ngan kelas seminar keusahawanan bdk2 1st year, so kehadiran agak kurg. Tapi tu x menjadi penghalang utk aktiviti ni diteruskan.

Ethics of Sleeping

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, here is some thing that i would like to share with all of you..

Islam is a way of life; it even has guides or ethics of sleeping which makes us healthier and more energized when we wake up in the morning! Masyallah :)



1. Sleeping, when done with the right niyah (intentions) can be considered as a good deed in the eyes of Allah. The purpose of sleeping (at night) is for our bodies and minds to take a temporary “time-out” and as a refresher to work during the day! So use your nights wisely to sleep, and get rewarded doing it insyallah ;)
Related verses from the Quran:


♦ “And among His Signs is the sleep that you take by night and by day, and your seeking of his Bounty. Verily, in that are indeed signs for people who listen” [Al-Rum 30:23]

♦ “And have made your sleep as a thing of rest” [An-Naba 78:9]