Follow us on:

Sedikit Pengisian..

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


alHamdulillah td slps mendengar sedikit pengisian dari Ustaz Azlan kat masjid biru tetibe rase nak kongsi kat blog. Dalam kuliah tuh ustaz bercerita sedikit ttg peristiwa yg berlaku semasa Rasulullah SAW berda'wah di Taif. Ketika itu ujian yg di alami oleh Rasulullah amatlah berat sehinggakan ada setengah ulama' mengatakan bahawa hampir separuh dari kasut baginda dipenuhi dgn darah akibat dicederakan oleh penduduk Taif yg menolak da'wah Rasulullah SAW.

Ketika itu, Rasulullah SAW hampir2 patah semangat sblm dtgnya malaikat Jibril dan malaikat yg menjaga bukit. Malaikat tersebut meng'offer'kan kpd Rasulullah SAW utk menghancurkan mereka yg menolak ajaran baginda. Tetapi sblm itu, malaikat Jibril membawakan sebuah kisah kpd nabi seperti yg tertulis di dalam surah Yasin ayat 12-30. Kemudian, setelah itu barulah malaikat Jibril meminta Rasulullah membuat pertimbangan yg sewajarnya.

[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21]
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
[26]
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]
"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[30]
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

Secara ringkasnya, ayat ini mengisahkan ttg sebuah kaum yg telah diutuskan kpd mereka 3 org rasul (x ingat td ustaz ckp name diorg..sori) dan mereka telah ingkar kpd ajaran yg dibawakan oleh ketiga2 org rasul tersebut. Ketika rasul2 itu dicemuh dan diancam oleh kaum tersebut, tiba2 dtgnya seorg lelaki biasa yg tidak mempunyai apa2 pangkat melindungi ketiga2 rasul itu. Lelaki tersebut dipukul dan dibunuh sehingga terkeluar isi perutnya. Kemudian, Allah telah mengangkat jasadnya ke langit. Ketika itu, lelaki itu diberi jaminan bahawa beliau adalah penghuni syurga diatas sikap dan tindakan yg diambil ketika hayatnya. Lalu, lelaki itu pun berkata alangkah baiknya sekiranya kaum ku tahu mengenai perkara ini.

Setelah, mendengar kisah ini lalu Rasulullah pun memaafkan penduduk Taif dan berdoa agar keturunan mereka menyembah Allah. Jadi, nak ceritanya kat sini ujian2 yg kita alami skrg xlah seberapa kalau nak dibandingkan dengan ujian yg dialami oleh Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda. Sekiranya kita tiada kekuatan utk berda'wah, sekurang2nya jadilah pendokong kpd kerja2 da'wah dan jgnlah menjadi pengkhianat kpd agama..na'uzubillah. Di akhir zaman ini Rasulullah mengkhabarkan bahawa ada 2 golongan manusia iaitu mereka yg hidup sebagai Islam dan mereka yg hidup untuk Islam.. Wallahu A'lam, di mana kita?


Ini sedikit selingan.. xkire nak cite gak ;p

Mase nak balik tuh aku terserempak la ngan sorg pak cik neh, ktorg panggil die wak. Kalo x silap aku die nie penulis salah satu ruangan akhbar harakah(kalo x silap la). Dulu, wak neh penah urut2 badan aku sambil bgtau yg aku ni satu hari nanti akan jd org kaya(huhu..yeke?). Tapi, aku x berhasrat pun untuk jd org yg kaya harta. Harap2 maksud wak tuh satu hari nanti aku akan jd kaya tapi bukannya kaya harta sbb dunia ni melalaikan. Pastu, tadi bole plak wak tuh tetibe je xde angin xde ribut dia tanya aku da ade bunga ke belum? huh? aku wat2 x phm takut tersalah phm. Pastu aku tanye balik bunga apa pulak wak? ala.. pasangan hidup la, wak tu jawab. Eh? pastu wak tu pun tanya kat aku kamu nak x seorg pasangan hidup yg patuh dan takut dengan perintah Allah? err.. aku pon angguk(time ni aku da phm dah ape wak neh nak cite) Pastu wak ni pun rekemen la seorg hafizah ni, dia da hafaz 20 juz al-Quran. Kamu nak x? wak tu tanye kat aku sambil pegang jari (telunjuk ke ibu jari aku..x sure) die garu2. Pastu die kate dlm kul 6 pg nnt kalo jari kamu terasa mcm neh maknanya ok lah tu. Ahh sudah.. wak ni, asal cari aku? asal x aiman ke?hatim ke?anas ke? asal aku gak yg die carik? Jadi, aku pon jwb.. mcmni la wak sbnrnya sy pon tgh..err.. xpela wak sy nak g ambil wudhuk dulu nak solat isya' (ayat nak ngelat). Pastu aku blah..huhu