Follow us on:

Peliharalah mereka ya Allah!


asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hari ni aku nak ckp cket psl krisis yg berlaku di mesir, detail nye x yah r aku cite kat sini..korg lebih berpengetahuan dari aku. Aku terdetik nak tulis psl benda neh sbb baru td aku dpt contact ngan kwn sekolah aku dulu yg skrg neh ngah study medic kat mesir..al-Hamdulillah xde pape yg berlaku kat die. Katanya skrg neh die ngan kwn2 yg laen ramai yg dah dipindahkan ke Jeddah dan x lame lg die akan pulang ke Malaysia. Harap2 semuanya berjalan dgn lancar..Aminnn!


Bercakap pasal krisis tanah arab ini, ianya bermula di Tunisia dengan kejatuhan Ben Ali oleh kebangkitan rakyatnya, kemudian disusuli dgn kebangkitan rakyat di mesir yg menentang pemerintahan rejim Mubarak, begitu juga dengan Jordan yg kini mengambil langkah berjaga2 dgn menukar kepimpinan kerana berlakunya fenomena sama di Amman. Bila berlaku perkara2 seperti ini, kita lihat Islam semakin bangkit, umat2 Islam semakin berani dan inilah yg merisaukan puak2 Zionis dan Amerika Syarikat. Obama begitu berhati2 dlm menangani isu ini di mana mereka kini berada dlm dilemma dgn Tunisia tanpa Ben Ali dan Mesir tanpa Mubarak yg hanya akan merugikan mereka. Satu demi satu Tanah2 Arab yg bakal didatangi dengan revolusi kebangkitan rakyat tidak lagi mampu menjadi benteng mengekalkan keamanan regim zionis.

Kejatuhan regim2 diktator ini membolehkan pergerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin melalui proses pilihanraya muncul berkuasa jika pilihanraya beraku dengan adil. Ini tidak mustahil dengan kemenangan yg dimiliki Hamas beberapa tahun yg lalu. Jika Islam kembali memerintah di rantau Asia Barat, pastinya kebangkitan Islam seperti yg telah dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W itu sudah semakin hampir. Di sini adalah beberapa contoh berkenaan dengan kekuatan dan kekuasaan yang diberikan terhadap mereka yang mengikut ajaran-ajaran al-Quran:

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia pasti akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mem­per­sekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) ini maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nuur, 24:55)

Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Mujaadilah, 58:21)

Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap me­nyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya di atas segala-segala agama meski­pun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (Ash Shaff, 61:8-9)

Juga telah menjadi ketetapan Allah, yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, bahawa mereka yang benar-benar percaya bahawa tiada tuhan selain Allah akan mewarisi bumi ini:


Dan sungguh telah Kami tulis dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis) dalam Lauh Mahfuz, bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiyaa', 21:105)

Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka me­mohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah orang-orang yang melakukan sesuka hati lagi keras kepala. (Ibrahim, 14:14-15)

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mencontohi (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya). (Al-Anbiyaa', 21:18)

Wallahu A'lam...

Sebelum aku terlupa, pasal hadis 40 Imam Nawawi tu mungkin aku akan tangguh dulu kot sbb aku nak post pasal 73 golongan umat nabi di akhir zaman di mana hanya satu golongan sahaja yg akan dimasukkan ke Jannah di akhirat kelak, moga2 kita sama2 tergolong didalam golongan yang ganjil ini..insyaAllah!