Follow us on:

Tiada Pengganti Yang Serupa..Part II

Salam, sori aku kate nak sambung post sblm neh tapi da delay bbrp hari. Sebelum aku lupa baik aku abiskan. Hari tu kite berhenti kat kisah abrahah kan? Aku rase xyah r cite pasal kisah tuh sbb da banyak kali dengar. So, skrg aku nak sambung kisah2 yg berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Sblm itu, ibu baginda Aminah Binti Wahab, telah pun dikhabarkan didalam mimpinya bahawa beliau bakal melahirkan seorang pemimpin yg agung. Ibu baginda juga mendapat keistimewaan di mana beliau tidak merasakan bebanan mengandungkan anak seperti ibu2 mengandung yg lain. Dikatakan pada suatu malam, perut Aminah mengeluarkan cahaya sehingga menembusi seluruh pelusuk tanah arab sehingga ke Sham atau pun dikenali sbg Syria. Bermaksud, semasa hayat hidup baginda, Rasulullah SAW akan menyebarkan cahaya Islam sehingga ke Sham dan kemudian akan diperluaskan lg pd zaman para sahabat.

Ketika kelahiran baginda juga, api sembahan puak majusi yg x pernah padam sejak ia dinyalakan tiba2 terpadam. Manakala, istana agung raja Farsi, Kisra runtuh secara tiba2. Ketika itu juga, Mekah yg gelap gelita tiba2 diterangi cahaya yg terang-benderang apabila Nabi Muhammad SAW dilahirkan.

Itulah sedikit sebanyak kisah2 yg diceritakan oleh Ustaz Kamal. Kemudian, Ustaz juga ada menceritakan tentang ciri-ciri rupa Rasulullah SAW dan akhir sekali untuk menyatakan kasih dan cinta kita pada Nabi Muhammad SAW, kita dituntut utk mengamalkan sunnah baginda. Sekiranya tidak mampu utk melakukan semuanya, setidak2nya kita mulakan dengan 7 sunnah Rasulullah SAW ini ;

  1. Melakukan Solat Sunat Tahajjud setiap hari sekiranya mampu atau seminggu sekali.
  2. Melakukan Solat Sunat Dhuha setiap hari.
  3. Membaca al-Quran pd waktu pagi sebelum keluar melihat dunia.
  4. Bersedekah setiap hari atau seminggu sekali mengikut kemampuan.
  5. Beristighfar setiap hari.
  6. Mendekatkan diri dengan rumah-rumah Allah.
  7. Membiasakan lidah dengan berzikir mengingati Allah setiap masa.
Peringatan ini juga ditujukan kpd diri penulis sendiri yg lemah dan hina ini. Jadi, sama2lah kita menghidupkan kembali sunnah2 Rasulullah SAW di dalam diri kita. Semoga kita sama2 ditempatkan didalam Jannatul Firdaus di akhirat kelak. Wallahu A'lam..