Follow us on:
Tak nak change ke?

Salam, semasa tgh ber'blogwalking' tetibe jumpe cite neh. So, terus rasa nak share kat blog. Selamat membaca..


Aisyah dan Laila pergi ke pasar untuk beli makan malam. Mereka terserempak dengan Anis.

Aisyah: Assalamualaikum Anis!

Anis: Waalaikumussalam warahmatullah! Eh, korang rupanya. Let me guess, malam ni tak masak kan?

Laila: Kitorang habis kelas lambat sikit la hari ni so rasa letih nak masak.

Aisyah: Anis, aku nak top up stock kurma aku ni. Nak angkat 2 kilo.

Anis: Baik bos! Jap ek. Mat, meh sini penimbang tu jap!

Anis bungkus 2 kilogram kurma untuk Aisyah. Aisyah hulurkan wang.

Laila: Anis, aku ni mengidam nasi lemak la. Tapi tak jumpa-jumpa lagi ni.

Anis: Ha, ko bernasib baik. Si Ahmad tu ada jual nasi lemak kat hujung sana tu.

Aisyah: Bila masa pulak Ahmad jadi penjual kat pasar malam ni?

Anis: Dia tengah cuti sebenarnya. Baru balik dari Australia minggu lepas. Kalau tak silap aku, dia tengah tolong ayah Samad tu. Alang-alang nak isi masa, dapat la upah sikit.

Aisyah: Cantek! Ko bertuah hari ni Laila. Hari tu aku nak masak nasi lemak ko mintak nasi goreng.

Laila: Sori la Aisyah, nasi lemak ko pedas sangat la.

Aisyah: Lembik la ko ni. OK la Anis, kitorang mintak diri dulu. Assalamualaikum!

Laila: Assalamualaikum Anis!

Anis: Waalaikumussalam warahmatullah! Kirim salam kat Ahmad ek.

Aisyah dan Laila berjalan menuju ke arah gerai di mana Ahmad sedang bekerja. Samad kelihatan sedang berehat dalam van di belakang gerai itu.

Laila: Aisyah, aku segan la ngan Ahmad tu.

Aisyah: Apsal plak ni?

Laila: Ko tengok la aku ni, aku tak bertudung. Ahmad tu kan jenis yang baik orangnya. Ko takpe la, tudung labuh.

Aisyah: Aik, tau pun segan. Ngan Allah tak segan plak ye?

Laila: Weh, cheap shot nampak!

Aisyah: Haha...aku teasing aja. Jangan risau la. Si Ahmad tu friendly orangnya. Rilek sudey! Persoalannya skang ialah: ko nak makan nasi lemak tak?

Laila: Ala, mesti la aku nak.

Tiba-tiba ada orang panggil Aisyah.

Susan: Aisyah!

Aisyah: Eh Susan, long time no see! Laila, ko gi beli nasi lemak ko tu. Aku nak gi jumpa kawan jap.

Aisyah pergi berjumpa dengan rakannya. Laila pula berjalan perlahan-lahan menuju gerai nasi lemak Samad. Berat langkahnya kerana dirinya terasa janggal dengan rambut yang terdedah.

Laila: Assalamualaikum!

Laila cuba untuk tidak bertentangan mata dengan Ahmad kerana segan. Dia menunggu-nunggu komen Ahmad tentang dirinya yang tidak bertudung itu.

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah! Macam kenal je, Laila kan?

Laila: Iye.

Ahmad: Lama tak jumpa. Apa khabar?

Laila: Baik. Oh ye, Anis kirim salam.

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah. Ha Laila, sila la pilih nak nasi lemak yang mana satu.

Laila mengangkat sebungkus nasi lemak dan menghulurkannya kepada Ahmad. Ahmad meletakkannya dalam plastik. Dalam hati Laila, dia masih menunggu Ahmad untuk komen tentang auratnya. Laila menghulurkan wang.

Ahmad: Terima kasih.

Laila beredar.

Ahmad: Eh Laila, tunggu jap!

Laila terhenti. Hatinya berdebar-debar. Mungkin saat yang dia tunggu telah tiba.

Ahmad: Tak nak change ke?

Mendengar kata-kata itu, Laila menjadi marah. Laila melangkah ke arah Ahmad.

Laila: Eh, ikut suka la bila aku nak change! Aku tau la tudung tu wajib, aku pun belajar Pendidikan Islam jugak la!

Ahmad tergamam. Dengan rasa bersalah, dia menyusun kata-katanya dengan berhati-hati. Dengan lafaz Bismillah dalam hatinya dia berkata...

Ahmad: [Nada lembut] Maafkan aku Laila. Maksud aku tadi ialah: ko nak duit baki (change) tak?

Laila: ...

Laila mengambil bakinya dan beredar.

Aisyah: Dah dapat nasi lemak ko?

Laila: Dah. Actually, aku dapat lebih dari tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal.. Wallahu A'lam

Zikrullah..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hari ni aku nak kongsi dengan korg mengenai beberapa zikir yg bagus untuk diamalkan. InsyaAllah, moga2 kita sama2 mendapat kebaikan daripadanya :

1. Memohon untuk berjaya didalam peperiksaan ;
Pengertian : Yang Maha Besar
Amalan : Baca setiap kali selepas solat fardhu Subuh sebanyak x232 kali, insyaAllah, Allah akan permudahkan peperiksaan yg bakal dihadapi. Tetapi, harus diingatkan tanpa usaha semuanya menjadi sia-sia.

2. Mencari sesuatu yang hilang ;
Pengertian : Yang Maha Pengawas
Amalan : Baca berulang-ulang kali ketika mencari sesuatu yang hilang sehingga jumpa. Yakin dan percaya kepadaNya, InsyaAllah akan dipermudahkan.

3. Memohon sesuatu hajat ;
Pengertian : Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Memelihara, aku memohon bantuan dengan rahmatMu.
Amalan : Baca setiap kali selepas solat fardhu Jumaat sebanyak x100 kali. InsyaAllah, segala apa yang dihajati akan dimakbulkan.
p/s : Seorang ulama' yang baru sahaja pulang ke rahmatullah, sempat berpesan kepada kita semasa saat-saat akhir hayatnya supaya mengamalkan zikir ini. Zikir ini juga terdapat dalam amalan bacaan istighosah sekiranya ada diantara korg yg 'arif. Jadi, zikir-zikir ini sememangnya sangat-sangat mustajab dan yakinlah bahawa tiada yang mustahil bagi Allah!

Wallahu A'lam..

Paderi & Kunci Syurga

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. InsyaAllah, hari ini ada sedikit kisah yg ingin aku kongsi dengan semua. Moga2 kita sama2 mendapat kebaikan daripadanya.

Kisah ini bermula dengan seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"


Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
nota:cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut)

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.
 
PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK.MEREKA (PUAK DAJJAL LAKNATULLAH) MELETAKKAN LAMBANG KUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAK MEMPUNYAINYA. MEREKA MERAHSIAKAN DAN MENGABURI MATA PARA PENGIKUT MEREKA DARIPADA MENGETAHUI KEBENARAN SEBENAR KUNCI-KUNCI SYURGA ATAU 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN'. 

KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA.JANGAN HILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.

MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...


Kita tidak akan hilangkan kunci...
Kita tidak akan hilangkan kunci...
 

Hadith-hadith Rasulullah SAW


Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)

Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)


Dan juga Nabi Isa yang sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya,

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". (Al-Saff 61:6)

Juga di dalam kisah Nabi Isa:

Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.

Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”

“Ya” jawab Isa.

Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.

Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu.
“Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya nabi Isa lagi.
“Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.
“Ya Allah. Sungguh aku tak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata nabi Isa dengan suara agak halus.

Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa: “Sesungguhnya akan datang suatu umat, yaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”

“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata nabi Isa as.

Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain-lain rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar:

Sabda Rasullah s.a.w:
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)
 
Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
(Ali Imran ayat 19)


Wallahu A'lam..

Kiamat semakin menghampiri kita..

بسم الله الرحمن الرحيم
asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Post kali ni nak cite psl gempa bumi yg berlaku kat Jepun baru2 ni. Berita ni mungkin da basi, tapi nak cite gak kat sini ;p. Korg pernah dgr pasal HAARP x? atau name panjangnya High Frequency Active Auroral Research Program. Kalau korg nak tau, HAARP neh adalah satu mesin yg dapat mengawal dan mengubah cuaca. Ia juga dapat menghasilkan gempa bumi dan gelombang ombak yg terhasil adalah kesan impakan mesin tersebut. Sebab itulah puak2 dajjal laknatullah neh a.k.a illuminati, freemason n zionis, mereka menamakan gelombang itu dgn maksud TSUNAMI = The SUNrAy Machine Impact.

Kenapa? korg rasa mcm benda ni mengarut? sabar dulu, aku bukannya cakap x berasas. Aku ada pendapat aku sendiri n aku ada cara aku menilai dan mengkaji sesuatu. Post aku yg sebelum neh aku ade bercakap ttg video dokumentari dari Noreaaga Production yg bertajuk The Arrivals. Aku cabar korg tgk video tu sampai habis. Aku pasti cara korg melihat dunia sebelum n selepas korg da tgk video tu berbeza. Jadi, the sunray itu merujuk kepada dajjal laknatullah. Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai the sunray ini sila lihat video di bawah :

The Sunray



Jadi, berkenaan dgn tsunami yg berlaku dkt Jepun pula. Kemungkinan besar ia adalah perancangan jahat dari puak dajjal laknatullah..Wallhu A'lam. Tetapi, perlu dingatkan bahawa walaupun mungkin mereka yg merancang, sesungguhnya yakinlah bahawa tanpa izin Allah sesuatu itu pasti xkan berlaku. Sepertimana ubat yg menjadi asbab kepada sembuhnya sesuatu penyakit padahal hakikatnya Allah yg memberi nikmat kesihatan. Antara bukti2 yg menguatkan tanggapan aku adalah video2 dibawah ini :

HAARP sign before Tsunami



Korg x caye? Tapi, pemimpin dunia ni percaya kot?

Hugo Chavez claiming US caused Haiti earthquake!



Aku tau alasan ni x cukup kuat utk aku pertahankan hujah aku dan utk meyakinkan korg. Tapi, cuba korg lihat gambar dibawah ni..

Klik gambar untuk lebih jelas.
Adakah dia cuma meneka dan kebetulan kejadian itu berlaku? Tidak mungkin, ini sebenarnya merupakan perancangan rapi yg telah disusun oleh musuh2 Allah laknatullah. Sepanjang apa yg aku lihat dari puak2 neh, mereka mmg gemar bermain dgn angka2 dan simbol2 tertentu utk menyampai maksud mereka yg tersirat. Kalau korg still x percaya jugak mungkin kelemahan aku yg menyampaikan berita. Cuma, aku nasihatkan korg pergilah cari ilmu ini dan kenali musuh2 kita sebenar2nya supaya kita x terpedaya dgn tipu daya yg mereka cipta bertujuan utk menyesatkan kita. Kalau korg nak tunggu berita2 sebegini disiarkan kat tv n surat khabar, mmg sampai kiamatlah korg akan terpedaya dgn fitnah dajjal laknatullah yg sedang berleluasa ini.

Tambah2 lg skrg ni kitalah umat akhir zaman yg disebut2 oleh Rasulullah SAW. Korg yakin ke apa yg korg amalkan skrg betul2 berlandaskan Islam n syara' dan datang dari ajaran tulen Rasulullah SAW? Terlalu banyak benda telah diselewengkan oleh puak celaka ini sehinggakan ada perkara2 yg kita sentiasa percaya dan amalkan setiap hari, rupa2nya adalah hasil penyelewengan puak2 dajjal laknatullah ini. InsyaAllah, aku akan cuba sampaikan apa yg aku tahu dan apa yg aku nampak kat negara kita neh. Tahu x, Malaysia ni sebenarnya penuh dgn anggota2 freemason dan sebab itulah aku ragui lambang iklan yg disiarkan oleh CELCOM KOLONY utk tujuan promosi tuh.

Lagi satu, sblm aku tutup post neh ada satu benda lg aku nak share kemungkinan kenapa Allah menurunkan bala kepada rakyat Jepun. Baru2 ni aku ade terbaca satu artikel kat internet dimana antara sbb turunnya bala Allah di Jepun adalah kerana berleluasanya maksiat. Antaranya, mereka mengadakan sambutan pesta seks dan baru2 ni aku ada terbaca artikel mengenai tradisi pernikahan terlarang. Dimana, apabila selesai sahaja akad nikah, suami isteri akan melakukan hubungan sex di depan para tetamu yg hadir. Korg boleh baca artikel tuh kat sini, tapi jgn tgk lama2 sgt. Ini cuma sbg bukti yg aku ckp berasas klik sini!   

Seterusnya, aku nak bawakan sedikit hadith2 drpd Rasulullah SAW berkenaan dgn umat akhir zaman :

Hadith2 berkaitan Umat Akhr Zaman



Drpd Abu Hurairah ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Umat ku akan ditimpa penyakit2 yg pernah menimpa umat2 dahulu. Sahabat bertanya, Apakah penyakit2 umat2 dahulu itu? Nabi saw menjawab, Penyakit2 itu ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dlm merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalim. - Riwayat Hakim

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya. ” - Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Dari Anas r.a katanya:”Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.” - Riwayat Bukhari

Nabi s.a.w sabdanya: "Tidak akan berlaku saat kiamat sehingga orang yang tidak tentu saka bakanya, yang buruk akhlaknya, dan yang bodoh bebal, menjadi sebahagia-bahagia manusia dengan kesenangan dunia." - Riwayat Huzaifah r.a


Akhir sekali aku nak bawakan satu doa dimana kita dinasihatkan utk membacanya setiap kali selepas solat 5 waktu sehari semalam agar kita terpelihara drpd fitnah dan tipu daya dajjal laknatullah di akhir zaman ini :

InsyaAllah, itulah sedikit sebanyak yg mampu aku kongsi utk kali ini. Yang baik itu dtg dari Allah manakala yg buruk itu disandarkan pada hamba yg lemah ini. Wallahu A'lam..

Tanda-tanda Kiamat!

بسم الله الرحمن الرحيم


Cuba kita perhatikan tanda-tanda berikut;

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam. Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah Taala.

Adakah tanda-tanda seperti di atas telahpun berlaku pada zaman sekarang??
Tepuklah dada, tanyalah iman!..Wallahu A'lam

Tazkirah Hati..

Bismillahir Rahmanir Rahim..







Wallahu A'lam.. have a nice day =)