Follow us on:

Permata Yang Hilang...

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Hari ini bersamaan dgn 12 Rabiul Awwal aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yg ke 1432H. Jadi, marilah kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan2 yg boleh menambahkan perasaan cinta kita kpd junjungan mulia Rasulullah SAW. Banyak yg kita boleh lakukan pada hari ini seperti melakukan amalan2 sunat contohnya qiamullail, berzikir, membaca n memahami al-quran dan sebagainya.
Di dalam hadith baginda juga ada meriwayatkan bahawa mereka yg mencintai baginda maka akan mendapat cinta daripada Allah SWT ;

عَنِ الْبَرَاءِ يُحَدِّثُ عَنِ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّهُ قَالَ فِى الا نْضَارِ لا يُحِبُّهُمْ اِلا مُؤمِنٌ
وَلا يُبْغِضُهُم اِلا مُنَافِقٌ مَنْ أَحَبَّهُمْ أَحَبَّهُ اللهُ
وَمَنْ أَبْغَضَهُمْ أَبْغَضَهُ اللهُ

Dari Bara' katanya :
Bersabda Nabi s.a.w. tentang sahabat-sahabat Ansar
"Tidaklah cinta kepada mereka itu kecuali orang yang beriman ,
dan tidak benci kecuali orang munafiq :
barang siapa yang cintakan mereka itu akan dicintai Allah,
dan barang siapa yang membencinya akan dibenci Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim


عَنْ عَلِىٍ وَّالَّذِى فَلَقَ الْحَبَّةَ وَبَرأَ النَّسْمَةَ
 إِنَّهُ لَعَهْدً النَّبِى الامِّىّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِلَىَّ أَنْ لا يُحِبَّنِى إِلا مُؤْمِنٌ وَلا يُبْغِضَنِى اِلا مُنَافِقٌ

Dari Ali r.a. katanya :
"Demi Allah yang menumbuhkan jenis biji, menciptakan jenis insan
sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menegaskan kepadaku :
"Bahawa takkan cinta kepadaku kecuali orang mu'min
dan takkan benci kecuali orang munafiq."
Hadis sahih riwayat Muslim

Nabi tidak meninggalkan kita apa2 pun, jadi perlukah kita mencintainya? Ya, memang benar seperti yg diperkatakan oleh Saidatina 'Aisyah RA ;
عَنْ عَائِشَةَ قَالَت مَا تَرَكَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
دِيْنَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَلاَ شَاةً
وَلاَ بَعِيْرًا وَلاَ أَوْصَى بِشَىءٍ

Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan (sebagai harta pusaka)
dinar dan dirham, tiada pula kambing dan unta
dan tiada pula mewasiatkan sesuatu apa pun,"
Hadis sahih riwayat Muslim

Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan harta dan kemewahan dunia kepada kita kerana nabi tahu bahawa semua benda itu tidak akan kekal. Tetapi ingatlah bahawa ada 2 perkara yg nabi wasiatkan kepada umatnya, dimana sekiranya kita berpegang teguh pada 2 perkara ini, nescaya kita pasti akan kecapi keindahan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta merasai nikmat syurga Allah. Ketahuilah bahawa 2 perkara tersebut adalah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Jadi, marilah kita selami serba sedikit mengenai sejarah hidup baginda SAW semasa hayatnya ;


Akhir sekali, ketahuilah bahawa mereka yg mendapat cinta Rasulullah SAW pasti akan mendapat syafaat dan naungan di akhirat kelak. Wallahu A'lam..