Follow us on:

Tiada Pengganti Yang Serupa..Part I

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Semalam ak ade dgr kuliah maghrib bersempena dgn maulidur rasul yg disampaikan oleh Ustaz Kamal Mohd Amin bertempat di Surau Nurul Muttaqin kat umah ak. Kuliah tersebut menceritakan tentang peristiwa2 yg berlaku sblm n semasa kelahiran Nabi Muhammmad SAW.

Mula2 ustaz tu cite pasal kebesaran yg Allah kurniakan kpd keturunan nabi iaitu sebagai penjaga kunci pintu Mekah. Mula2, ianya dipegang oleh bani Ismail n kemudian turun kpd bani Jurhum. Selepas itu, oleh kerana x puas hati n dengki, ade bani lain yg mencuri kunci tersebut drpd bani jurhum. Oleh disebabkan marah dgn kejadian itu, bani jurhum menutup pintu telaga air zamzam yg mana sblm ini dibuka utk org awam. Setelah beberapa ketika, kunci itu dipegang oleh Abd Mutallib (datuk nabi) dari bani Quraish iaitu pemerintah Mekah pd waktu itu.


Pada suatu ketika, berlakunya kemarau yg teruk di Mekah. Jadi, Abd Mutallib berusaha utk mendedahkan rahsia disebalik kehilangan telaga air zamzam yg di sembunyikan oleh bani Jurhum. Pada satu malam, beliau bermimpi yg terdapatnya telaga zamzam di Mekah dan beliau dikehendaki utk menggalinya. Mimpi itu berlarutan utk 3 mlm berturut2 n pada mlm yg ke-4 Abd Mutallib bermimpikan tempat dimana terdapatnya telaga tersebut. Jadi, tanpa berlengah Abd Mutallib pon membawa bersama2nya peralatan mencangkul n anaknya seorg (x ingat nama).

Dalam perjalanan, penduduk Mekah menghalang n marah kpd Abd Mutallib kerana x mempercayai bahawa terdapatnya telaga zamzam di situ. Tanpa membuang masa lagi Abd Mutallib pon menggali tempat yg ditunjukkan dalam mimpinya itu. Ketika menggali, Abd Mutallib menjumpai emas yg sgt banyak. Kemudian, penduduk2 Mekah yg tadinya x percayakan Abd Mutallib mula mendekatinya n memintanya utk dibahagikan harta tersebut tetapi Abd Mutallib menghalang mereka. Kemudian Abd Mutallib terus menggali dan kali ini beliau menjumpai harta rampasan perang lama yg sgt banyak. Akhir sekali, setelah penat menggali tiba2 terpancut keluar air zamzam dari bawah tanah.

Setelah itu, Abd Mutallib berjumpa dgn Ahlul Nujum utk menyelesaikan masalah harta yg dijumpainya itu. Setelah berbincang akhirnya harta itu adalah menjadi hak Abd Mutallib kerana beliau yg menjumpainya dan tiada siapa yg boleh masuk campur dlm hal itu. Tetapi Abd Mutallib x tamak, beliau menyerahkan semua harta itu utk pembangunan Kota Mekah n telaga zamzam dibuka utk org ramai tetapi dgn syarat beliau dilantik sebagai ketua ketika itu. Kemudian berlakunya kisah Abrahah seperti yg diceritakan di dalam surah al-Fil.

.:: Nanti aku sambung balik, ade keje sket ::.