Follow us on:

Sampaikanlah..

asSalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


al-Hamdulillah,akhirnya siap pun assignment yg sebenarnye x berapa banyak pon..haha, jd skrg ni leh bg tumpuan cket kat blog neh. Post kali ni aku nak sampaikan sesuatu yg amat penting bg kte umat Islam. Aku nak mulakan dengan potongan hadis Rasulullah S.A.W. yg berbunyi :

" قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "بلـّغوا عني ولو آية

cara sebut die mcm neh " Ballighuu 'anni walau aayah.." Yang membawa maksud :


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat!" - (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadith ini, para ulama mengatakan terdapat 3 perkara penting di dalamnya iaitu :
  1. Taklifan iaitu satu bebanan yang berupa kewajiban kepada individu yang beragama Islam untuk menyampaikan risalah Nubuwwah.Lafaz 'amr(perintah) iaitu " Ballighuu "di dalam hadith tersebut membawa hukum wajib.Di dalam Usul Fiqh, lafaz perintah membawa kepada hukum wajib selagimana tiada qorinah @ tanda yang mengubah hukum wajib tersebut kepada hukum-hukum lain.
  2. Tasyrifan iaitu kemuliaan kepada mereka yang memikul tugasan menyampaikan Islam kerana kerja-kerja menyampaikan Islam merupakan kerja para Nabi-Nabi Alaihimussolatu Wassalam.Hal ini dapat kita lihat melalui penggunaan lafaz " 'anni " bermaksud daripadaku menuju kepada batang tubuh Nabi S.A.W. yang mulia.
  3. Takhfifan iaitu suatu keringanan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyampaikan dakwah Islam setakat yang termampu.Nabi S.A.W. menggunakan lafaz " walau ayat "merujuk kepada keringanan ini.
Jadi kesimpulannya, tugas menyampaikan dakwah Islami merupakan tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam tidak mengira kerjaya yang diceburi. Sekiranya tidak mampu untuk melaksanakan sepenuhnya tugas itu, buatlah sekadar yang termampu.Satu kaedah ada menyebut:"Setiap apa yang tidak diketahui semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya". 

Wallahu A'lam...

al-Hamdulillah..ini cuma muqaddimah kpd tazkirah2 yg akan aku tulis selepas ini insyaAllah. Mudah2an kte sama2 mendapat keberkatan dari ape yg kte pelajari. Aku mmg da niat nak mulakan da'wah dgn blog ni, lgpun inilah salah satu tujuan kenapa aku mula berminat nak tulis blog. Sekurang2nye ber'cahaya' la jugak blog aku ni. Mungkin aku akan cuba sampaikan Hadis 40 Imam Nawawi dulu lepas ni, insyaAllah..